converter!

Sunday 23 December 2012

TRUST ALLAH ABOUT QADA AND QADAR


" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah).

You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him.

You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth.

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives "



- Heba El-Haddad

PURE MARINE COLLAGEN (DRIED SEAWEED)




 
menjual dried seaweed collagen.. ada yang mentah dan ada yang siap direbus (untuk diminum dan untuk masker muka)..
jika berminat sila email saya di i_luvuolll@yahoo.com atau hubungi hp: 0178967271

Thursday 20 December 2012

Tips mengukur saiz bra..

Langkah 1:

1. Pakai coli semasa mengukur.

2. Ukur disekeliling bawah payudara.Jika dapat nombor genap tambah 4inci dan jika dapat nombor ganjil tambah 5inci.

Contoh: Jika ukuran anda = 31"
              Tambah = 5"
              Jadi saiz bra anda = 36"

Langkah 2:

Ukur sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan dengan saiz bra.Jika saiznya sama bermakna saiz cup adalah A. Jika perbezaannya 1" maka saiz cup ialah B dan begitulah seterusnya.


Monday 29 October 2012

SEAWEED (PURE COLLAGEN)

Salam..pernah dengar seaweed (pure collagen)?

~Tidak perlu botox @ suntik untuk mendapatkan kulit dan badan yang cantik dan awet muda.

~Khasiatnya 10x ganda tinggi dari sirip yu yang berharga RM300 semangkuk, khasiat sama dengan sarang burung layang-layang yang berharga rm400 hingga ribuan ringgit dan 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang. Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6

~Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya dan pori2 muka akan rapat dan nampak licin..

~kebaikan kepada wanita hamil kulit baby pula yang putih dan kulit cantik.


 



©     Kebaikan Seaweed(Pure Collagen)

 

Ø 100% dijamin bebas bahan pengawet,HALAL, bebas campuran bahan kimia dan belum diproses.

 

©     Kulit yang gebu, licin, awet muda & kulit sihat

©     Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.

©     Membantu merawat gastrik.

©     Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.

©     Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

©     Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

©     Membantu merawat penyakit gout.

©     Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.

©     Menguatkan tulang dan sendi.

©     Meningkatkan sel rawan dan otot.

©     Merawat penyakit gaut.

©     Mencegah kanser

©     Merawat Anemia.

©     Menurunkan kolestrol dalam tubuh.

©     Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).

©     Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).

©     Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat). Menpercepatkan penyembuhan luka.

©     Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).

©     Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.

©     Menberi Kekenyangan(diet).

©     Melancarkan sistem metabolisme.

©     Memulihara usus kecil (sembelit).

 
©     SEAWEED (PURE COLLAGEN)

 

~ KAEDAH PENYEDIAAN


Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah


Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman


 (250GM)

BERMINAT,SILA HUBUNGI : HANA (017-8967271)

Sunday 13 May 2012

HIJABSTER..




mengingatkan diri sendiri dan kawan2 cara2 berhijab dengan betul....^__^

Monday 7 May 2012

Doa Melahirkan Anak (Doa dan Zikir semasa Bersalin)




~ Berdoa & bezikir adalah amalan yang terbaik ketika hendak bersalin..selain mendapat keredhaan Allah..ia juga dapat mempertingkatkan kesabaran dan melawan kesakitan ketika bersalin...jom kita kongsikan dan amalkan.......^__^


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

Doa melahirkan anak

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”.

Doa melahirkan anak

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


Doa melahirkan anak


“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


Doa melahirkan anak
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi.
Kemudian pula :


Doa melahirkan anak
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.




Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


Subhanallah
“Maha Suci Allah.”


Astagfirullah
“Aku Pohon ampun kepada Allah

Thursday 26 April 2012

Adab baik terapkan pada anak






Entry kali ni saya share untuk kebaikan kita bersama..bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dr rebung".



Ada 25 adab yg baik boleh di ajar kepada anak2 dr kecil..,agar boleh menjadi anak yg baik dan mempunyai kehidupan yg positif..kredit kpdhttp://pama.karangkraf.com/bayi/jom-ajar-si-manja-25-adab-penting-1.27504






Adab 1 Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”

Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”
Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.

Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.
Adab 5 Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.
Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.

Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.

Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.

Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.

Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila
menerima sebarang
pemberian.

Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.

Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.

Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.
Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan
khalayak ramai.

Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.

Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh
menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.
Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.
Adab 24
Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.

Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.



Jadi,serapkan lah nilai posiif pada diri anak2 anda bermula dr rumah!..^__^

Monday 23 April 2012

salam....^____________^ i'm a new blogger~





hello friends..^___^ apa kabar..

i'm fresh in blogspot. blog ni mungkin bertujuan suka suki ikut kawan kawan ber blog...^__^

adakah create this blog is useless,??? the answer is no!!! ^___^

sugguh banyak benefit....we can add friends, share information and do business in this blog...^___^

so, have a pleasent read guys!

4Dwithlove